Wednesday 9 October 2013

Karnival Seni DPLI PSV 2013

Salam sayang buat pembaca entry yang budiman. Sudah sangat lama aku tidak mencoret sesuatu dalam blog. Tuntutan tugas-tugas luar yang banyak menjadikan peluang untuk aku berblogger tidak kesampaian. Namun kali ini, aku mahu kongsikan beberapa memori 'sweet' di saat-saat akhir bergelar pelajar IPG.

Program Karnival Seni anjuran pelajar-pelajar DPLI PSV dan DPLI SEJ telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei yang lepas (kan dah kate td, sangat lame...hehe). Walaubagaimanapun, kenangan sebelum, semasa dan selepas program masih lagi aku teringat-ingat sehingga ke hari ini. Tapi, apa yang paling penting adalah segala ilmu yang kami timba sebelum dan selepas program berlangsung itu sangatlah bermakna dan diharap boleh memberi manfaat kepada kami semua untuk menganjurkan program-program sebegitu di sekolah kelak. InsyaALLAH...
 Pengarah IPGKTHO Puan Zaleha Onn mewarna batik sebagai simbolik perasmian Program Karnival Seni.

Pertandingan Mewarna untuk murid-murid sekolah kebangsaan sekitar Batu Pahat.

   Antara karya pelatih DPLI PSV





         Meja jualan yang menjual pelbagai barangan kraftangan, cenderamata, produk makanan.

Puan Pengarah dan Ketua Jabatan Kajian Sosial berminat untuk cuba menghasilkan corak teknik ikat dan celup.

  Puan Pengarah di meja seni jahitan manik.

Turut turunkan tandatangan selepas usai program berlangsung.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun banyak dugaan sebelum segalanya bermula. Jutaan terima kasih saya rakamkan buat semua rakan-rakan DPLI PSV & SEJ yang turut memerah keringat, idea dan sumbangan untuk menjayakan program ini. Semuga kita semua diberkati Allah. Amin.

Pergi ke pasar membeli benang,
Benang dibeli oleh Si Leman,
Jasa kalian tetap ku kenang,
Beri manfaat zaman berzaman.

Sunday 27 January 2013

New Sem...New Episode...

Salam Ukhwah pembaca sekalian...pejam celik-pejam celik dah masuk ke semester 3 ya...minggu depan dah mula berpraktikal...huhu...Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman bakal menerima 4 org guru praktikal n one of them is me!!..teruja jap sebab xpenah mengajar di sekolah rendah. Harapan amatlah besar agar semuanya berjalan lancar dan dapat selesaikan praktikal dengan jayanya...

Kepada semua rakan2 DPLI, teruskan berjuang hingga ke titik yang terakhir. Tiada yang lebih manis dalam hidup selain dari usaha yang membuahkan hasil. & yang penting kita ENJOY!!!...@@wink2!

Wednesday 17 October 2012

Bangkit....

Alhamdulillah....macam sekejap jer rasa....tup tup dh nk abis sem 2....
Dalam pada sume org duk kalut, pening, stress, serabut ngn nk exam ni, sypn rasa yg sama jugak....huhu...
Ape yg penting, study smart n try our best....Ingat, bukan senang nak senang....Allah mungkin xnak beri ape yang kita minta sekarang tapi DIE nk beri yang lebih pada masa akan datang...INSYAALLAH...
So, selamat berjaya buat sume rakan2 DPLI-PSV...:-))

Sunday 23 September 2012

Proses Menghasilkan Bingkai Gambar

Salah satu tugasan untuk Subjek Grafik Multimedia Kreatif dalam PSV, saya dikehendaki menghasilkan sebuah video montaj tentang proses menghasilkan bingkai gambar daripada teknik gosokan. Jom tengok bersama-sama!!...

 

Sunday 8 July 2012


Cubaan pertama melukis.....Tugasan pertama dari En Manan B. Sarbani untuk semua palajar PSV. Pembelajaran hari ini memerlukan para pelajar keluar dan mencari objek atau tumbuhan untuk dijadikan subjek. Aku memilih rumput sebagai bahan subjek...Pelajar diminta melukis bahan subjek tersebut diatas sekeping A3 dan inilah hasilnyaaaa....:)) 

Mungkin tak berapa cantik tapi aku amat puas hati sebab hasil lukisanku 80% sama ngn objek sebenar...hihi