Wednesday 9 October 2013

Karnival Seni DPLI PSV 2013

Salam sayang buat pembaca entry yang budiman. Sudah sangat lama aku tidak mencoret sesuatu dalam blog. Tuntutan tugas-tugas luar yang banyak menjadikan peluang untuk aku berblogger tidak kesampaian. Namun kali ini, aku mahu kongsikan beberapa memori 'sweet' di saat-saat akhir bergelar pelajar IPG.

Program Karnival Seni anjuran pelajar-pelajar DPLI PSV dan DPLI SEJ telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei yang lepas (kan dah kate td, sangat lame...hehe). Walaubagaimanapun, kenangan sebelum, semasa dan selepas program masih lagi aku teringat-ingat sehingga ke hari ini. Tapi, apa yang paling penting adalah segala ilmu yang kami timba sebelum dan selepas program berlangsung itu sangatlah bermakna dan diharap boleh memberi manfaat kepada kami semua untuk menganjurkan program-program sebegitu di sekolah kelak. InsyaALLAH...
 Pengarah IPGKTHO Puan Zaleha Onn mewarna batik sebagai simbolik perasmian Program Karnival Seni.

Pertandingan Mewarna untuk murid-murid sekolah kebangsaan sekitar Batu Pahat.

   Antara karya pelatih DPLI PSV





         Meja jualan yang menjual pelbagai barangan kraftangan, cenderamata, produk makanan.

Puan Pengarah dan Ketua Jabatan Kajian Sosial berminat untuk cuba menghasilkan corak teknik ikat dan celup.

  Puan Pengarah di meja seni jahitan manik.

Turut turunkan tandatangan selepas usai program berlangsung.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun banyak dugaan sebelum segalanya bermula. Jutaan terima kasih saya rakamkan buat semua rakan-rakan DPLI PSV & SEJ yang turut memerah keringat, idea dan sumbangan untuk menjayakan program ini. Semuga kita semua diberkati Allah. Amin.

Pergi ke pasar membeli benang,
Benang dibeli oleh Si Leman,
Jasa kalian tetap ku kenang,
Beri manfaat zaman berzaman.